skip to Main Content
WAKTU SUBUR

WAKTU SUBUR

MASA BERSAMA PESAKIT

Saya perasan sekarang, banyak masa di klinik bersama pesakit saya habiskan bagi menerangkan konsep masalah kesihatan wanita.

Tidak termasuk masa mengambil sejarah kesihatan pesakit.

Belum lagi campur buat pemeriksaan awal dan jika perlu imbasan ultrasound.

Antara konsep yang saya perlu terangkan dengan baik contohnya konsep waktu subur.

Di suatu masa di klinik kesuburan.

Usai mencatit sejarah kesihatan pesakit di dalam komputer, sesi kaunseling dimulakan.

Dr : Ok. Puan faham konsep waktu subur tak?

W : Itu hari ovulasi ye? Hari ovulasi saya tahulah. Hari yang ke-14 period.

Saya tersenyum. Soalan seterusnya bakal menjelaskan tekaan W tadi.

Dr : Haid Puan berapa lama kitarannya? 35 hari bukan? Jadi hari ovulasi Puan bukan hari ke-14.

Macam mana nak kira? Untuk haid yang teratur kita boleh kira. Hari ovulasi 2 minggu sebelum kitaran haid seterusnya.

Jadi untuk haid Puan, hari ovulasi hari … (sambil menunjukkan kira-kira di atas kertas) ke-21…

(Setiap kali habis satu kaunseling, mesti ada satu kertas conteng-conteng menjadi hiasan di meja. Tapi tak layak nak jadi material grafiti pun. Haha!)

W : Oh macam tu ya?! Salah kiralah selama ini. Saya baca di internet hari ovulasi hari yang ke-14.

Dr : Salah kira naya Puan. Ada yang nak elak hamil dengan mengira sendiri waktu subur tersalah kira. Sebabnya ambil secara blanket rule untuk semua wanita sama. Tetiba hamil. Dia serampang dua mata

W : Oh baru saya tahu.

Dr : Jadi maksimakan kekerapan bersama suami isteri untuk meninggikan peluang untuk hamil secara sendiri ya.

***

Itu baru satu terma.

Alih-alih dah sejam kaunseling ni untuk satu pasangan di klinik sahaja.

Agak-agaknya apa lagi yang menjadi kemusykilan para wanita ni?

Cer komen di bawah. 👇👇👇

Boleh cuba kira waktu subur masing-masing.

Nota : Nantikan video cara kira waktu subur. Cara kiraan waktu subur ini digunapakai oleh wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur sahaja. Yang tidak teratur tidak sesuai, kena guna cara sedikit berbeza untuk memberikan panduan.

#AimiGYN
#MedTweetMY

Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di

aimirahayu.com.

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua. 

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan

#AimiGYN
#MedTweetMY

Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua. 

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search