skip to Main Content
Ujian Air Mani – Terma Tergeliat Lidah

Ujian Air Mani – Terma Tergeliat Lidah

Analisis air mani (Seminal Fluid Analysis)

Masih ramai yang berasa takut dan malu untuk melakukannya.

Bagi saya, jika ada pengetahuan mengenai ujian ini, mungkin tidak sangsi lagi untuk menjalani ujian seterusnya mendapatkan rawatan kesuburan bersama pasangan anda.

Apa itu SFA?

Ujian mudah melihat sperma lelaki bagi menilai tahap kesuburan.

Apa tujuan SFA?

1. membantu menentukan mengapa pasangan mengalami kesukaran untuk hamil.

2. mengikuti perkembangan selepas rawatan buah zakar atau fungsi kelenjar aksesori sistem reproduktif lelaki, atau selepas prosedur vasektomi.

Bagaimana ujian air mani dilakukan?

1. Pasangan biasanya akan diminta untuk tidak berhubungan seksual selama 2 ke 7 hari ke hari ujian.

2. Cara sampel dihasilkan : masturbasi, seks menggunakan kondom, seks dengan pengeluaran sebelum ejakulasi. Kaedah masturbasi adalah kaedah sering digunakan.

3. Sampel dikumpulkan dalam bekas steril, dianalisis dalam tempoh 1 jam, diproses dan diperiksa di bawah mikroskop.

Analisis ujian air mani

1. Parameter utama yang dianalisa adalah isipadu air mani, pH, kepekatan, jumlah, pergerakan, dan morfologi sperma.

2. Ada nilai normal untuk paramater-parameter ini.

Bagi yang mendapat keputusan tidak normal, perlu meneruskan rawatan kesuburan bagi membaiki kualiti sperma yang dihasilkan.

Nilai rujukan untuk parameter SFA oleh World Health Organization (WHO), 2010

1. Isipadu 1.5 mL

2. pH 7.2-8.0

3. Kepekatan 39×106 / ejakulasi

4. Jumlah sperma 15×106 per mL

5. Pergerakan keseluruhan 40%

6. Pergerakan progresif 32%

7. Morfologi sperma 4% bentuk normal

Ini terma ujian air mani yang korang boleh tergeliat nak sebut.

Nah, kalau dah sebutan tergeliat, apatah lagi maknanya yang korang mesti tak mahu memilikinya.

1. Normozoospermia – normal parameter.

2. Oligozoospermia – kepekatan sperma kurang daripada 20×106/ml

3. Asthenozoospermia – kurang daripada 50% spermatozoa dengan pergerakan ke hadapan atau kurang daripada 25% dengan pergerakan kategori A spermatozoa

4. Teratozoospermia – kurang daripada 30% spermatozoa dengan morfologi normal.

5. Oligoasthenoteratozoospermia – kombinasi masalah nombor 2-4

6. Azoospermia – tiada spermatozoa di dalam ejakulasi

7. Aspermia – tiada ejakulasi.

Jadi, jauhilah unsur-unsur yang boleh menyebabkan gangguan kepada sperma.

Anda mampu berubah dan mengubah!

#AimiGYN
#MedTweetMY

Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua.

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search