skip to Main Content
Soalan Wajib Di Klinik Ibu Hamil

Soalan Wajib di Klinik Ibu Hamil

“Dah dua minggu dah saya rasa macam ni. Saya ingatkan benda biasa je. Tak tahu pula kena datang hospital terus.”

2 minggu bukan satu jangka masa yang sekejap.

“Kita buat pemeriksaan ye Puan, saya nak periksa keadaan bayi. Bila jadi begini, yang ditakuti adalah jangkitan kuman naik masuk ke dalam kantung bayi.”

Setiap kali datang untuk temujanji di klinik, aku akan pastikan antara soalan yang akan ditanya kepada ibu hamil ini ialah,

“Puan tahu tanda-tanda kelahiran tak? Tanda-tanda yang kena datang hospital?”

Soalan wajib akan aku tanya kepada semua, tak kira pertama kali hamil atau sudah yang ke berapa kalinya. Jangan terkejut ye, ibu-ibu yang sudah dikira berpengalaman hamil pun ada yang lupa, ada yang tak pasti juga.

Terutama bila kandungan dah mencecah usia trimester ketiga. Trimester pembesaran bayi dan sebenarnya bila-bila masa sahaja proses kelahiran itu boleh berlaku.

Ada 5 tanda kena datang hospital. Ha, nanti aku buat video pasal ni. Tunggu!

Ok. Ceritanya si Sri (nama dia bukan nama sebenar) dah masuk 35 minggu dah, kandungan ke 5, ‘so far so good’ orang kampung aku cakap.

Tengok buku ‘pink’nya pun teratur siap berbalut lagi. Nampaklah yang si Sri ni menjaga nyawa kehamilannya iaitulah buku ‘pink’.

Selalu di klinik, macam-macam rupa buku ‘pink’ korang boleh tengok. Ada yang dah tercabut kulit buku, kesan ‘wear and tear’ masuk beg tangan mak-mak, tidak kurang yang jaga molek-molek pakaikan baju.

Ikut sukalah, janji buku ini dibawa merata kerana di dalamnya ada semua nota berkenaan kehamilan yang penting. Semua dalam satu buku.

“Apa khabar Puan? Macam mana kehamilan setakat ini? Bayi gerak ok?”

Biasanya kumulakan sesi klinik dengan soalan macam ni. Kena tahu macam mana keadaan ibu hamil, ada sakit ke, kalau yang bekerja ada kesan ke dengan pekerjaan mereka. Kalau yang duduk di rumah, adakah mereka boleh ‘cope’ dengan kerja rumahtangga dan sebagainya.

Perubahan fisiologi badan semasa kehamilan boleh mempengaruhi perjalanan kehidupan ibu hamil sehari-hari. Contohnya kaki membengkak. Inilah yang diberitahu oleh Sri.

Pekerjaannya yang banyak melibatkan berjalan dan berdiri akan membuatkan kakinya membengkak. Aku menasihatkannya agar meninggikan paras letak kakinya di atas katil pada waktu malam agar bengkak itu surut. Selain itu, dia juga boleh menggunakan sarung kaki panjang khas untuk mengurangkan simptom itu.

Semuanya nampak biasa sahaja sampailah masa soalan wajibku ditanya.

“Ada tanda-tanda kelahiran seperti…?”

Aku mengulang kembali mantra wajibku tentang tanda-tanda yang ibu hamil perlu tahu dan perlu ke hospital untuk pemeriksaan. Sampai sahaja ke topik air ketuban, Sri memberitahuku,

“Dah dua minggu dah saya rasa macam ni. Saya ingatkan benda biasa je. Tak tahu pula kena datang hospital terus.”
“Maksudnya macam mana tu Puan?”

“Saya rasa basah lebih daripada biasa. Ada tompok tidak berwarna pada seluar dalam, kadang-kadang pada pantyliner yang saya pakai. Saya selalu mengalami keputihan jadi saya fikir sebab tu. Cuma warna jernih la kali ni. Tidak ada apa-apa kan doktor?”

“Maknanya Puan sudah alami simptom ni sudah dua minggu? Ada bertukar warna hijau tak? Bayi gerak ok?”

Aku menyelak buku ‘pink’ ke ruangan carta pergerakan bayi. Tidak lengkap ni!

“Bayi gerak ok je doktor, cukup 10 gerakan. Saya tak sempat nak tulis di situ,selalu tulis dalam telefon je senang,” dia tersengih.

Aku tidak tahu di mana salahnya. Rasa sudah beranak 4 ni tapi isu sebegini masih dipandang enteng.

“Jangan begitu Puan. Kami tidak dapat ‘access’ telefon Puan untuk tengok carta pergerakan bayi. Seeloknya tulis juga di sini.”

“Kita buat pemeriksaan ye Puan, saya nak periksa keadaan bayi. Bila jadi begini, yang ditakuti adalah jangkitan kuman naik masuk ke dalam kantung bayi.”

Wajah Sri berubah. Sememangnya berita sebegini tidak diingini saat kandungan sudah makin membesar. Semua ibubapa mengharapkan kesihatan kandungan sehingga ke akhirnya selamat melahirkan.

Kami pun begitu juga.

Yang penting ‘alert’dengan sebarang nasihat doktor, bidan, jururawat di klinik dan hospital ya. Anak dah ramai bukan faktor tidak perlu belajar. Ha!

Anti-klimaks : Kandungan Sri selamat alhamdulilah, selepas pemeriksaan kami masukkan dia ke wad untuk pemantauan. Air ketuban sudah menurun. Pelan untuk kelahiran perlu dibuat untuk menyambut bayi Sri.

#AimiGYN
#MedTweetMY

Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua. 

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search