skip to Main Content
Perempuan Atau Lelaki? – Jantina Bayi

Perempuan atau Lelaki? – Jantina Bayi

“Doktor, hari ini tidak imbas bayi ke? Saya pergi ke klinik GP tu setiap kali datang dapat imbasan ultrasound.”

Ada pula yang bertanya, bahaya ke tidak ultrasound kepada bayi dalam kandungan?

Ini dua soalan kerap kali diutarakan kepada doktor di klinik.

Dengan pemeriksaan ultrasound yang telah dijalankan kepada berjuta wanita hamil, belum ada bukti perubatan yang menyabitkan bahaya ultrasound kepada bayi dalam kandungan dan juga kepada ibunya.

Namun, kita mengamalkan prinsip ultrasound iaitu ALARA iaitu ‘As Low As Reasonably Achievable’.

Iaitu dalam pemeriksaan ultrasound :

1. perlu indikasi baru dapat imbas bayi. bukan setiap kali datang klinik kena imbasan. kena faham tu. kadangkala bila tidak imbas bayi bukan maknanya doktor pemalas ya. huhu.

2. kurangkan pendedahan ultrasound kepada bayi dan masa pemeriksaan hadkan kepada yang perlu sahaja.

3. gunakan ‘setting’ imbasan yang minimum, mencukupi mendapatkan imejan yang baik bagi membantu dalam proses pemeriksaan kesihatan kandungan.

Setiap kali datang klinik, jika sudah dapat imbasan bayi dua tiga hari sebelumnya (kandungan normal dan sihat), tiada signifikasi klinikal dan indikasi untuk imbasan balik untuk mengetahui perubahan berat bayi.

Kebiasaannya, ‘growth scan’ atau imbasan tumbesaran untuk mengetahui perubahan berat dan panjang bayi (bagi menentukan tumbesaran bayi berpadanan dengan minggu kehamilan) dibuat selang dua minggu daripada imbasan sebelumnya.

Terdapat pelbagai indikasi perlunya imbasan ultrasound dibuat.

1. masalah air ketuban kurang.
2. berat bayi disyaki lebih kecil atau lebih besar daripada saiz kehamilan sebenar.
3. pemantauan masalah kesihatan organ bayi seperti jantung.

Dan indikasi klinikal lain yang ditentukan doktor.

Pemeriksaan jantina sama sekali bukan indikasi untuk imbasan ultrasound dilakukan ya. Kena faham tu. Huhu. 🙂

Dah kalau seorang imbas dapat perempuan, nak kepastian imbasan kedua cakap lelaki tidak ke pening tu? haha…

Buat imbasan ketiga dapat perempuan, 100% jaminan ke dua orang yang nampak jantina bayi sebagai bayi perempuan yang betul, yang lelaki tu salah?

Lat tali lat tali tam plum!

Ia bukan rutin, namun bila dibuat, hanya 50% sahaja kebarangkalian betul jantinanya.

Nak tahu bila 100%?

Bila dah keluarlah… 😁

Ada tak pengalaman imbas jantina perempuan, yang keluar lelaki atau sebaliknya?

Cer cerita.

#AimiGYN
#MedTweetMY

Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di

aimirahayu.com.

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua. 

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search