PCOS – Bukan Rantai Mutiara Yang Biasa
“Dah dua bulan pendarahan saya tidak berhenti Dr. Awalnya haid macam biasa, tapi saya pelik sebab tidak berhenti-henti.”
“Pendarahan itu yang bagaimana? Banyak ke sikit, pakai pad apa?”
“Pendarahan sikit-sikit sahaja Dr, pakai pantyliner boleh, sebab saya jenis kena tukar setiap kali ke tandas. Rasa lebih bersih.”
“Ada rasa nak pitam, pening-pening ke, cepat penat?”
“Ada juga kadang-kadang begitu Dr. BIla saya lama berdiri dan berjalan. Kerja saya di pejabat dan di luar pejabat juga, buat ‘site visit’. Kalau saya rasa nak pening, kena terus cari tempat duduk. Kalau tak saya rasa boleh jatuh juga. Pernah sekali saya hampir pitam. Nasib kawan saya nampak dan berdiri di belakang saya, dia papah saya duduk.”
“Puan ada gejala kurang darah ni, saya mahu periksa tahap darah merah hari ni sebelum Puan balik. Sementara itu, mari ke bilik pemeriksaan, untuk imbasan sona bunyi dan pemeriksaan fizikal perempuan ya.”
—
Tahu ini gejala apa?
Wanita yang mempunyai masalah pendarahan yang berpanjangan harus diperiksa. Sebaiknya, kitaran haid dicatatkan pada kalendar supaya anda tahu bagaimana kitaran tersebut, samada teratur atau tidak, panjangnya kitaran itu, tahap pendarahan bagaimana samada banyak atau sikit.
Kenapa ini penting?
Untuk mereka yang cantik kitarannya, dan mudah hamil, ini bukan satu isu yang besar. Akan tetapi bagi mereka yang ada masalah haid berpanjangan, menyebabkan gejala seperti lemah, cepat penat, pitam dan ada yang sukar mahu hamil, kalendar ini amat penting. Video ini menerangkan tarikh LMP yang perlu dicatit pada kalendar untuk tujuan ini –> https://www.youtube.com/watch?v=4PulqXWMsjM&t=31s
Puan Siti telah datang ke klinik sakit puan dengan masalah. Pendarahan berpanjangan dan masalah cepat penat, pening dan hampir pitam. Ini berkait kerana pendarahan yang berpanjangan boleh merendahkan tahap darah merah di dalam darah.Perlu diperiksa dan dikenalpasti apa masalahnya.
“Dah dua bulan pendarahan saya tidak berhenti Dr. Awalnya haid macam biasa, tapi saya pelik sebab tidak berhenti-henti.”
“Pendarahan itu yang bagaimana? Banyak ke sikit, pakai pad apa?”
“Pendarahan sikit-sikit sahaja Dr, pakai pantyliner boleh, sebab saya jenis kena tukar setiap kali ke tandas. Rasa lebih bersih.”
“Ada rasa nak pitam, pening-pening ke, cepat penat?”
“Ada juga kadang-kadang begitu Dr. BIla saya lama berdiri dan berjalan. Kerja saya di pejabat dan di luar pejabat juga, buat ‘site visit’. Kalau saya rasa nak pening, kena terus cari tempat duduk. Kalau tak saya rasa boleh jatuh juga. Pernah sekali saya hampir pitam. Nasib kawan saya nampak dan berdiri di belakang saya, dia papah saya duduk.”
“Puan ada gejala kurang darah ni, saya mahu periksa tahap darah merah hari ni sebelum Puan balik. Sementara itu, mari ke bilik pemeriksaan, untuk imbasan sona bunyi dan pemeriksaan fizikal perempuan ya.”
Sejarah kesihatan dirinya aku teliti. Tiada yang major.
Pemeriksaan fizikal juga tiada apa yang merisaukan. Sekilas tadi aku memandang nota pesakit di komputer untuk mengetahui kadar BMI terkininya. BMI 35. Obesiti. Satu isu yang perlu aku perkatakan nanti.
Imbasan sona bunyi dilakukan. Untuk imbasan dari arah abdomen, pundi kencing perlu penuh kapasitinya agar imbasan dapat dilakukan dengan baik dan jelas. Berlainan pula jika imbasan dilakukan dari arah vagina, pundi kencing perlu kosong.
Pernah dapat imbasan salah satu atau kedua-duanya? Jangan risau bagi yang tidak pernah, kerana imbasan menggunakan dua-dua cara tidak sakit, cuma tidak selesa sahaja. Yang penting, pesakit kena kela bertenang, ‘relax’ jangan keraskan otot di bahagian pelvis ke bawah, itu yang menyebabkan makin rasa kurang selesa malahan sakit pun ada.
Aku mengimbas dari arah tengah, melihat rahim Puan Siti di skrin. Ukuran ketebalan diambil, atas ke bawah, kiri ke kanan dan juga ketebalan dinding rahim. ‘Endometrial thickness. Inilah tempat di mana darah bertempek semasa kitaran haid. Ketebalan dinding rahim Puan Siti nipis.
Beralih pula ke kiri dan kanan rahim. Apa yang aku cari? Kantung teluar atau ovari. Kedua-duanya ada namun sedikit besar daripada biasa. Dan terdapat folikel yang banyak di dalamnya, menyerupai rantai mutiara!
Puan Siti ada ovari polisistik atau orang selalu sebut PCOS tu.
Aku menerangkan kepadanya, menunjukkan imbasan ovarinya yang seakan rantai mutiara itu. Jika dilihat kembali kepada masalah Puan Siti yang membawanya ke klinik hari ini, seperti menepati kemungkinan gejala yang dihadapi berpunca daripada sindrom ovari polisistik.
“Lagi satu Puan Siti, saya lihat BMI Puan juga sudah melepasi tahap normal.Salah satu perkara yang saya ingin Puan cuba usahakan ialah menurunkan berat badan ke BMI tahap optimum.Biasanya, masalah haid seperti ini boleh cuba dikembalikan ke normal kebiasaan kitaran haid Puan apabila BMI menurun. Kita cuba ya, sekurang-kurangnya 5% dua tiga bulan ini”
Berhati-hati aku mengutarakan isu BMI ini kerana aku tahu masalah berat badan adalah isu sensitif ramai wanita. Silap-silap dia tidak mahu lagi datang ke klinik untuk rawatan.
Selesai konsultasi dan penerangan langkah-langkah rawatan dan ubatan yang kami persetujui bersama, dia melangkah pergi.Aku dapat lihat kesungguhan daripada wajahnya untuk bertindak.
Lagi tiga bulan kita jumpa lagi ya Puan Siti, dengan BMI yang baru!
Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.
Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.
Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua.
Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan