Manisnya Darah Awak
“Ala doktor, tu sebab saya makan ‘cheese cake’ tu yang sangkut tu. Tak boleh ke tak ambil insulin ni? Saya janji selepas ini saya kawal diet saya, tak makan manis-manis dah.”
“Sebaiknya kena ambil, sebab beberapa minggu selepas Puan mula dikesan ada kencing manis semasa hamil, doktor di KK dah mulakan dengan cara kawal pemakanan terlebih dahulu. Jika masih merah macam ni, kena mulakan dengan ubat-ubatan. Bacaan ini sangat tinggi Puan. Bahaya kepada bayi dan Puan.”
—
Yang pernah minum air gula mesti terbayang-bayang di deria rasa sekarang ni. Rasa air gula pekat likat tu. 🤢
Bab nak telan tu yang payah tu, selepas tu takut pula nak tahu nombor magik yang akan keluar, yang menentukan kita dapat kencing manis ke tak masa hamil ni.
Wanita yang berisiko mendapat kencing manis ada beberapa kriteria. Antaranya ;
🚦berumur 25 tahun dan ke atas
🚦pernah mendapat kencing manis ketika mengandung sebelum ini
🚦sejarah kencing manis dalam keluarga
🚦berat badan berlebihan sebelum hamil
🚦mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti darah tinggi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran
🚦pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (>4kg) ketika kelahiran terdahulu, lahir mati atau bayi yang dilahirkan cacat
Jadi bila doktor minta buat ujian air gula tu, tolonglah buat, sebab lebih baik tahu ada ke tidak ada kencing manis semasa hamil.
Kalau ada, cara kami petugas perubatan jaga kehamilan berbeza daripada kehamilan tanpa kencing manis. Anggaplah bila kena jumpa lebih kerap tu tanda kami sayangkan anda ok! 🥰
Ceritanya Zana ni muda orangnya, kandungan pertama sudah mendapat kencing manis semasa hamil. Risiko dia tersenarai di atas, maka Zana pun mula dipantau setiap dua minggu sekali sejak sebulan yang lalu.
Setiap dua minggu tu, bacaan air gula Zana diambil dan dilengkapkan dalam borang bacaan untuk dipantau. Mula-mula masih biru (bacaan cantik) tapi dah tiga kali bacaan pagi Zana merah (melebihi kadar yang dibenarkan).
Zana ni bukannya apa. Mengidam orang mengandung katanya. Mulalah nak makan macam-macam benda-benda manis ni.
“Nanti anak keluar berjejeh air liurnya, Zana tak tahu.”
Ini macam gaya ugutan Zana pada kaum keluarga bila dinasihati agar mengawal pemakanannya, kurangkan yang manis.
‘Eh ke situ pula! Mitos la weyh benda tu. Tak sangka dah zaman kereta terbang ni pun korang percaya lagi ek.’ 🤯🤓
Sampailah masa asyik merah sahaja bacaan tahap gula Zana. Doktor di KK pun menukar cara kawalan gula kepada ubat kencing manis insulin.
Zana tak mahu!
Aku pun mengelengkan kepala di klinik.
“Ala doktor, tu sebab saya makan ‘cheese cake’ tu yang sangkut tu. Tak boleh ke tak ambil insulin ni? Saya janji selepas ini saya kawal diet saya, tak makan manis-manis dah.”
Janjimu pun manis ni Zana.😅
“Saya tak bersedia lagi nak cucuk malam-malam. Dah cuba bincang dengn doktor KK tak nak ambil lagi, dah la kena cucuk hari-hari. Takmo, nehi he!”
Berlelucon pula si Zana.
“Sebaiknya kena ambil, sebab beberapa minggu selepas Puan mula dikesan ada kencing manis semasa hamil, doktor di KK dah mulakan dengan cara kawal pemakanan terlebih dahulu. Jika masih merah macam ni, kena mulakan dengan ubat-ubatan. Bacaan ini sangat tinggi Puan. Bahaya kepada bayi dan Puan.”
Zana cuba bernegosiasi lagi.
“Memang sudah tiada cara lain lagi ye doktor? Kalau boleh tak nak cucuk-cucuk ni.”
Panjang lebar cuba kufahamkan Zana tentang keburukan jika tidak mengawal tahap gula dalam darahnya dengan baik.
Siap buat senarai kesan komplikasi kencing manis tidak terkawal kepada ibu dan anak dalam kandungan.
Jika paras gula di dalam darah berlebihan, bahaya kepada bayi sebab :
🍯 ia berpindah ke bayi menerusi uri 👉paras glukosa darah bayi tinggi
🍯 pankreas bayi bekerja keras hasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang tinggi
🍯 bayi menjadi makrosomia (berat 4.0kg atau lebih).
🍯 masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran
🍯 tinggi risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.
🍯paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas dilahirkan
🍯 risiko jaundis yang berpanjangan
🍯 ketidakimbangan paras elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah
🍯masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi
🍯 cenderung menjadi ‘obese” dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.
Anak pun sudah banyak komplikasi. Komplikasi si ibu kita simpan di lain artikel pula ya.
Zana jadi risau dan insaf. Masih belum terlambat untuk Zana kembali ke pangkal jalan.
Bukan apa, ini semua untuk kebaikan Zana dan anaknya juga, bukankah kandungan yang sihat dan selamat itu yang kita nak?
Harapnya Zana ikutlah nasihat doktor ambil insulin ni.
Lagi dua minggu kita tengok bacaan gula dia ya!
Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.
Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.
Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua.
Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan