skip to Main Content
Kisah Tertinggal Lagi – Cuba Teka Apa Yang Saya Jumpa

Kisah Tertinggal Lagi – Cuba Teka Apa Yang Saya Jumpa

Ini kali pertama ceritaku dari penceritaan pihak ketiga. Namun isinya masih sama. Kita tidak letakkan suatu benda pada tempatnya. Zalim namanya itu.

‘Kisah Tampon Yang Tidak Berjumpa Jalan Pulang’ mendapat respons yang sangat positif dengan ‘Retweet’ dan ‘Like’nya. Cuma korang tidak boleh baca satu-satu apa ‘Retweet with comments’. Rata-rata menggambarkan kegelian pada sisi cerita wanita tertinggal tampon. Macam mana boleh terlupa dan sebagainya.

Ketahuilah isu ini bukan suatu yang tidak terjadi, cuma bilangannya agak terpencil, jauh menyamai bilangan mereka yang mengandung tanpa merancang.

Yang aku rasa ‘thrill’ apabila ada balasan ‘ReTweet’ yang mengatakan dia sampai boleh bau ‘thread’ tweet itu. Ok, ini ‘cringe’!

Semalam aku sudah berjanji mahu cerita kisah benda tertinggal yang diceritakan oleh pakarku. Aku beritahu bagaimana respons orang di Twitter cerita tampon tertinggal ini, dia teringat kisah yang menarik untuk diceritakan. Aku teruja sekali.

“Bila awak cerita pasal kes wanita tertinggal tampon di dalam faraj ini, saya teringat satu cerita ni. ‘Actually’ dua. Cerita pertama seorang wanita datang jumpa saya di klinik. Dengan gejala pendarahan sekian lama dan sakit kontraksi.”

Ceritanya wanita ini sedang mengalami keguguran. Namun keguguran ini bukan yang biasa. Seingatnya mungkin haid kitarannya sudah lari daripada biasa. Dan pendarahan pun berlarutan.

Hasil pemeriksaan mendapati, bayinya sudah tiada. Selepas perbincangan dan kaunseling, keputusan diambil untuk dilakukan prosedur ‘cuci rahim’. Ujian darah diambil, persediaan dilakukan, menunggu tarikh sahaja.

Prosedur cuci rahim dilakukan dengan mudah, tiada masalah.

Pendarahan tidak banyak yang mengalir keluar daripada pangkal rahim. Alat spekulum atau ‘mulut itik’ dimasukkan ke dalam faraj untuk melihat pendarahan buat kali terakhirnya sebelum prosedur tamat.

Tiba-tiba mata pakarku terarah pada satu objek hitam di belakang pangkal rahim, di satu sudut paling dalam. Alat spekulum ditolak sedikit dalam agar muncung spekulum di bahagian bawah mengenanya.

‘Tekk… tekk… tekk…’

‘Cringe’ pulak bilaku mendengar pakarku bercerita. Gaya cerita seram pun ada.

“Cuba awak teka apa yang saya jumpa? Yang pasti bukan tampon ke, kondom ke, itu benda biasa.”

Berteka-teki pula denganku. Aku pun diam dan berfikir. Diam lagi.

Semua tekaanku salah.

Korang nak tahu apa barang yang dijumpai pakarku pada ketika itu? ‘Tertinggal’ dan sudah tertanam sekian lama.

B.A.T.E.R.I

Betul. Aku eja betul itu. Itulah benda yang sudah tertanam, terbenam dan asimilasi dengan dinding faraj. Cuba bayangkan bateri yang sudah lama, basah di udara luar pun boleh rosak, apatah lagi yang berada dalam ‘environment’ yang lembap?

Aku difahamkan kemungkinan kandungan gugur kerana jangkitan kuman, ‘septic abortion’.

Banyak sungguh persoalan yang bermain di mindaku tentang kenapa, bagaimana, bila bateri itu boleh berada di situ, namun pakarku hanya mengatakan wanita itu sendiri tidak tahu dan ingat bagaimana bateri itu berada di situ.

‘Cringe’!

“Ada satu lagi cerita. Yang ini pun awak kena teka apa dia. Bukan beshe-beshe,” berlelucon pula petang-petang ini.

“Seorang wanita datang ke klinik sakit puan di tempat saya bertugas. Malam sebelumnya dia bersama dengan suami dan mengalami pendarahan selepas itu secara berterusan. Dia risau dan datang ke klinik berjumpa saya.”

‘Oh ok, kes ‘post-coital bleeding’ ni, ‘straight-forward’, kacang nak teka selepas ini’, monolog aku sendiri.

Seperti biasa, untuk kes sebegini, pemeriksaan melalui faraj perlu dilakukan menggunakan alat spekulum dan juga ‘bimanual examination’.

“Cuba teka apa yang saya jumpa ketika itu?”

Sekali lagi tekaanku tidak mengena, jauh tersasar.

Hampir terbuntang mataku apabila mendengar barang yang dijumpai ketika itu.

Korang pun pasti tidak dapat meneka dengan tepat kalau aku buka teka-teki ini, jadi marilah aku mengeja kembali.

TE.L.I.N.G.A K.A.M.B.I.N.G

Kan, pasti korang pun ternganga dan terkejut membacanya. Samalah dengan aku.

Tujuan aku bercerita bukan mengaibkan, namun ingin memberitahu bahawa janganlah buat pelik-pelik ya.

Iya, aku tahu manusia ada sifat ‘curiosity’, ingin mencuba benda baru dan sebagainya, namun janganlah yang ini.

Kalau tertinggal, kena jumpa kami doktor sakit puan untuk keluarkan. Kami pun sama terkejut, gugur jantung bila jumpa benda pelik-pelik ini.

Alapadam!

NOTA : Nanti saya ceritakan jenis-jenis keguguran yang ada, mengikut istilah perubatan.

#AimiGYN
#MedTweetMY

Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua. 

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search