skip to Main Content
Ini Sebab Lelaki Kurang Subur

Ini Sebab Lelaki Kurang Subur

“Mak rasa kamu kahwin lain sahajalah, Kinah tu mandul, tengok kamu dah 5 tahun kahwin pun dia tak mengandung-ngandung lagi. Dalam keturunan kita mana ada yang takde anak.”

Macam biasa dengar tak?

Drama-drama yang disiarkan di televisyen lazimnya menyalahkan wanita apabila pasangan berkahwin dalam tempoh yang lama tidak hamil. Klise!

Yang tidak klisenya berapa ramai yang tahu, lelaki juga boleh ada masalah kesuburan yang menjadi penyumbang kepada kesukaran untuk hamil?

Wanita selalu dipersalahkan terus apabila pasangan berkahwin dalam satu jangka masa yang lama gagal mendapat zuriat.

Macam dalam drama.

Pengakhirannya si lelaki akan berkahwin baru tanpa mendapatkan rawatan bersama pasangan ke klinik kesuburan.

Kira-kira 85% pasangan berkahwin akan berjaya untuk hamil dalam usia setahun bersama. 95% pula dalam dua tahun, hanya kira-kira 5% yang perlu dibantu selepas itu.

Apakah penyebab secara puratanya?

Kira-kira 30 % daripada kes adalah disebabkan oleh masalah lelaki, 30 % masalah kesuburan wanita, 30% masalah kombinasi bersama dan 10 % yang lain dengan sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan.

Jika anda mempunyai hidup berkelamin dan mengamalkan seks tanpa perlindungan untuk lebih daripada satu tahun tetapi gagal hamil, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

Penulisan ini hanya menyentuh masalah kesuburan lelaki secara ringkas ya.

Apakah faktor yang boleh merendahkan tahap kesuburan lelaki?

1. Persekitaran yang panas seperti pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat (suhu optima ialah 2 darjah Celcius lebih rendah dari suhu badan)

2. Kecederaan, jangkitan, bengkak akibat dipukul atau jatuh -Jangkitan virus beguk (Mump).

3. Bahan toksin seperti nikotin (rokok), racun perosak

4. Mengambil ubatan ubatan yang boleh menyebabkan kemandulan.

5. Pernah menjalani rawatan untuk kanser seperti radioterapi atau kemoterapi

6. Kecacatan kongenital atau sudah dilakukan vasektomi.

7. Masalah ketegangan zakar atau mati pucuk, masalah pancutan air mani tak sempurna-lewat atau gagal dan ejakulasi songsang (retrograde ejaculation) ke dalam pundi kencing.

8. Menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung yang tidak terkawal.

9. Mengalami varicoceles (urat vena besar di dalam skrotum)

10. Mempunyai masalah kualiti sperma.

11. Mempunyai antibodi anti-sperma di dalam badan yang membunuh sperma sendiri, boleh berlaku selepas vasektomi, jangkitan atau trauma.

12. Masalah kesuburan yang tidak dapat diketahui (unexplained infertility).

Apakah pemeriksaan dan saringan untuk kenal pasti masalah kesuburan lelaki?

Beberapa ujian yang akan dilakukan adalah:

*Ujian darah untuk gula dan kolesterol.

*Ujian paras hormon testosteron

*Ujian air mani- dapat menentukan jumlah sperma dalam satu ejakulasi, kenal pasti pergerakan dan kenalpasti jumlah sperma yang berbentuk normal.

Boleh rujuk di sini tentang ujian air mani.

FB : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158677112174756&id=507034755
Twitter : https://twitter.com/aimirahayuAR/status/1282330415546548225…

Langkah Pencegahan

Pencegahan termasuklah gaya hidup yang sihat, berhenti merokok, mengurangkan berat badan, amalan senaman yang rutin, pemakanan yang sihat, berhenti merokok dan hentikan pengambilan dadah (recreational drugs).

Elakkan juga testis daripada terdedah kepada haba secara berpanjangan.

Perbincangan bersama pakar perubatan kesuburan jika ada masalah ya.

Muafakat bersama pasangan untuk mendapatkan zuriat.

#AimiGYN
#MedTweetMY

Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua.

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search