skip to Main Content
Ibu Rasa Tak Gerakan Bayimu?

Ibu Rasa Tak Gerakan Bayimu?

“Pernah dengar tak makin besar bayi, makin kurang gerak sebab ruang di dalam rahim kecik nak tampung bayi? Betul ke tak betul awak rasa?”

Laju sahaja aku tengok anggukan si bakal bapa ini. Macam burung belatuk lagaknya.

“Kalau ikut logik, betullah doktor. ‘Space’ sudah makin kurangkan, bayi tidak bebas bergerak.”

Mitos yang membahayakan. Wajib dibanteras.

Masih ingat lagi bila kali pertama merasai pergerakan bayi di dalam kandungan?

Perasaan tentunya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, bukan? Lebih-lebih lagi apabila anak yang dikandung adalah anak yang ditunggu sejak sekian lama.

Kebiasaannya, pergerakan bayi pertama kali dapat dirasai ketika kandungan berusia 18 hingga 20 minggu. Si ibu bakal merasai keaktifan bayi dan pergerakan menjadi semakin teratur ‘pattern’nya. Sehinggalah hari terakhir bayi di alam rahim sebelum menjenguk dunia, mengesan pergerakan bayi adalah tugas si ibu bagi memastikan kemaslahatan bayi di dalam kandungan.

Lalu, apa yang akan terjadi jika bayi kurang gerak?

Ini yang menjadi antara kajian para doktor yang mana rumusan dibuat bahawa jika pergerakan bayi menjadi kurang daripada kebiasaanya apa yang si ibu rasai, perlulah diperiksa kerana ia mungkin salah satu tanda bayi ingin memberitahu kita sesuatu, tanda klinikal penting buat petugas perubatan mengesan kehadiran masalah kepada kandungan.

Kajian dalam bidang fisiologi janin di dalam kandungan telah menyatakan bahawa bayi kurang gerak dikaitkan dengan kesan perinatal yang buruk seperti kelahiran mati di dalam kandungan (stillbirth).

Hampir 55% wanita yang mengalami kelahiran mati bayi mereka telah merasai pergerakan bayi menjadi kurang seketika sebelum bayi mati di dalam kandungan.

Ini diburukkan lagi kerana mitos yang berlegar dalam masyarakat kita mengenai perkara ini.

Ketika di dalam klinik, setiap kali menerangkan tentang tanda-tanda klinikal kepada pasangan ibu bapa yang menyebabkan mereka perlu datang ke hospital, aku sering menekankan soal ini.

“Pernah dengar tak makin besar bayi, makin kurang gerak sebab ruang di dalam rahim kecik nak tampung bayi? Betul ke tak betul awak rasa?”

Ini soalan aku buat pasangan ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata baru kira-kira sebulan lagi. Tidak lama lagi dah tu.

Laju sahaja aku tengok anggukan si bakal bapa ini. Macam burung belatuk lagaknya.

“Kalau ikut logik, betullah doktor. ‘Space’ sudah makin kurangkan, bayi tidak bebas bergerak.”

Aku tersenyum di sebalik ‘mask’ hijauku. Logik yang boleh membawa keburukan.

Mitos yang membahayakan. Wajib dibanteras.

Dalam satu-satu ketika, bayi hanya akan tidur secara purata selama 40 minit sahaja. Paling lama untuk bayi ‘duduk diam’ ketika tidur, selebihnya pergerakan bayi adalah sama, tidak akan berkurang walaupun sudah di akhir trimester ketiga.

Inilah yang aku cuba tekankan kepada pasangan ini.

“Macam mana mahu mengira pergerakan bayi ini, doktor?

“Pergerakan bayi ada 4 jenis,” aku menunjukkan jenis pergerakan bayi dengan gerak tanganku. Ini kena buat video ini baru senang nampak. Haha!

“Cara mengira pergerakan juga mesti betul sebab pergerakan yang banyak dalam satu masa tidak dikira sebagai banyak tau.”

Dalam aspek pemerhatian terhadap pergerakan bayi, si ibu paling pakar. Tugasku hanya menunjukkan cara yang betul bagi memastikan kandungan sihat dan selamat sehingga ke akhirnya.

Dan kalau bayi kurang gerak, segeralah ke hospital ok.

Ikut cakap doktor. Kami mahukan yang terbaik untuk anda dan bayi di dalam kandungan.

#AimiGYN
#MedTweetMY

Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua. 

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search