skip to Main Content
HSG (histerosalpingografi) – Apa Yang Perlu Anda Tahu?

HSG (histerosalpingografi) – Apa yang perlu anda tahu?

“Doktor, kenapa saya kena buat HSG (histerosalpingografi)? Bukan ujian kamera?

Soalan sebegini biasa diutarakan di klinik kesuburan. Hari ini kita cerita pasal HSG sahaja.

Apa itu HSG?

– Satu pemeriksaan Radiologi melihat bentuk rahim dan tiub fallopio samada ia tersumbat atau tidak (patency).

– Ujian ini dibuat sebagai prosedur rawatan pesakit luar, tidak perlu bius.

– Menggunakan media kontras dengan kaedah floroskopi – dapat melihat dengan jelas rahim dan tiub.

– Keputusan ujian ini dilihat apabila media kontras dialirkan ke dalam rahim dan tiub fallopio, masalah tiub tersumbat dan struktur tidak normal juga akan dapat dilihat.

Apakah tujuan ujian ini dilakukan?

– Sukar untuk hamil

– Kenalpasti struktur rahim

– Kerap gugur

– Followup selepas melakukan prosedur atau pembedahan

Kebiasaannya, apabila pasangan datang untuk temujanji di klinik kesuburan, doktor yang merawat akan melihat keperluan pemeriksaan HSG dijalankan kepada wanita tersebut.

Tarikh temujanji akan diberikan untuk ujian ini dijalankan.

Persediaan sebelum ujian HSG dilakukan

– Tarikh diberikan di luar dan selepas haid – untuk memastikan tidak hamil dan kurangkan risiko jangkitan.

– Tidak perlu berpuasa, tetapi disarankan tidak ambil makanan berat sebelum HSG.

– Kebenaran untuk ujian akan diambil sebelumnya setelah diterangkan risiko dan kebaikan ujian ini.

Semasa ujian HSG

– Posisi awal adalah berbaring dan lithotomy – seperti mahu bersalin

– Alat tiub untuk memasukkan media kontras tadi akan dimasukkan ke dalam faraj selepas bahagian vulva dan pangkal rahim dibersihkan dengan kapas.

– Selepas itu, kaki akan diluruskan dan imej dirakam apabila media kontras dimasukkan ke dalma rahim melalui tiub tadi.

Selepas ujian HSG

– Boleh berlaku sedikit pendarahan, jangan panik.

– Boleh mendapat kesan sementara selepas ujian seperti kejang, pening dan loya.

– Jumpa doktor jika berasa sakit pada bahagian bawah abdomen/pelvis secara berterusan, tanda jangkitan seperti, sakit kepala/otot/pening/demam, pendarahan daripada vagina yang berlarutan atau banyak, keputihan yang berterusan dan tidak normal.

Laporan akan diberikan di klinik kesuburan selepas 2-3 minggu (bergantung tempat anda mendapatkan rawatan) dan pelan kesuburan akan dibincangkan berdasarkan keputusan ujian HSG tersebut.

Yang penting, berbincang dengan doktor anda dan fahami setiap keputusan dan pelan rawatan yang akan dilakukan. Ini bagi memudahkan kedua-dua belah pihak dan seteruskan menjayakan pelan kesuburan tersebut.

#AimiGYN
#MedTweetMY

Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua. 

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search