skip to Main Content
Hernia Diafragma Kongenital

Hernia Diafragma Kongenital

“Alhamdulilah, Dr. Mina pakar feto-maternal sudah membuat imbasan kandungan pesakit yang kita risaukan tu. Imbasan dia normal je, tiada masalah pada diafragma bayi di dalam kandungan. Tiada lubang seperti yang dinyatakan oleh imbasan yang dibuat oleh pesakit di klinik luar. ‘Case closed’,” sahabatku tersenyum kecil menyampaikan berita gembira ini kepadaku.

Aku melepaskan nafas berat. Lega.

Tidak dapat kulupakan ketika berita ini mula-mula disampaikan. Hampir gugur jantungku pabila mengetahui kemungkinan imbasan kami tidak berjaya mengesan masalah besar pada diafragma bayi.

Rupa-rupanya, semuanya normal. Alhamdulilah.

“Aimi, tolong ‘trace’ balik siapa yang jumpa wanita hamil ni di klinik O&G? Nama dia Puan Salbiah Samean (bukan nama sebenar), dan kalau boleh dapatkan imejan sona bunyi daripada mesin ya.”

Aku melihat mesej Whatsapp daripada pakar perunding pagi ini. Nama wanita itu seakan pernah aku dengar, ada apa-apa masalah ke yang sedang berlaku padanya?

Terpana aku saat melihat terma yang menjadi persoalan. ‘Diaphragmatic hernia’, lubang yang tersebut di diafragma bayi semasa di dalam kandungan dan ia bukan satu imbasan yang sukar dikesan.

Dan aku antara doktor yang melihat wanita ini di klinik, jantungku seakan berhenti berdegup.

Apa yang aku sudah lakukan sehingga boleh terlepas masalah ini semasa imbasan?

Peluh kecil merecik di dahiku dan rasa sedih menyelubungi diri.

Langkah kuhayun ke bilik khas sona bunyi lalu aku mulakan carian memori imejan milik wanita ini. Ada beberapa imejan yang disimpan untuk beberapa kali temujanijnya di klinik, nampak normal sahaja. Sudut gambar aku telek dan aku kecilkan mata mencari di mana masalah lubang pada diafragma bayi.

Aku masih tidak berpuas hati. Mungkin ketika imbasan ini dibuat, masalah itu tidak begitu teruk lagi, jadi tidak begitu terserlah.

Selalunya untuk kes-kes sebegini, perlukan konsultasi daripada pakar perunding dan wanita hamil itu perlu diberikan kaunseling selepas diagnosis.

Aku menunggu sahaja masa untuk dipanggil menghadap dan memberi surat tunjuk sebab dan penjelasan atas kes ini.

Ah, mungkin aku sedikit berlebihan sedangkan belum lagi diulang kembali imbasan tersebut untuk pengesahan diagnosis.

Temujanji ulangan diberikan kepada wanita tersebut, aku menunggu dengan sabar dan berdoa masalah ini jika benar, masih boleh dirawat dan bayi dapat diselamatkan.

Tidak mudah bagi kami petugas kesihatan apabila berdepan kes-kes sebegini.

Apabila mengesan sebarang masalah atau kelainan semasa imbasan, atau berlaku simptom yang membimbangkan semasa hamil, kami perlu memberitahu dan menjelaskan diagnosis dan situasi kepada wanita dan suami.

Bukan mudah. Empati benteng kami. Emosi kami jauhi. Walau hati juga menangis bersama pesakit kami.

Hari berganti hari, seminggu masa berlalu.

“Alhamdulilah, Dr. Mina pakar feto-maternal sudah membuat imbasan kandungan pesakit yang kita risaukan tu. Imbasan dia normal je, tiada masalah pada diafragma bayi di dalam kandungan. Tiada lubang seperti yang dinyatakan oleh imbasan yang dibuat oleh pesakit di klinik luar. ‘Case closed’,” sahabatku tersenyum kecil menyampaikan berita gembira ini kepadaku.

Aku melepaskan nafas berat. Lega.

Tidak dapat kulupakan ketika berita ini mula-mula disampaikan.

Hampir gugur jantungku pabila mengetahui kemungkinan imbasan kami tidak berjaya mengesan masalah besar pada diafragma bayi. Rupa-rupanya, semuanya normal. Alhamdulilah.

Aku tahu bukan mudah juga bagi ibubapa bayi mengharungi seminggu masa menunggu diimbas semula.

Tapi yang penting semuanya baik-baik sahaja.

#AimiGYN
#MedTweetMY

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua. 

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search