Dua dalam satu
“Puan, saya hendak beritahu berita lain daripada biasa. Puan mengandungkan anak kembar ni. Lihat ni, ada dua kantung bayi dan dua denyutan jantung,” aku menunjukkan dengan anak panah skrin mesin sona bunyi.
Aku lihat mata ibu muda ini bersinar.
Ajaib sungguh ciptaan Tuhan yang sedang membesar di dalam rahim. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
—
Bagaimana boleh terjadinya kandungan kembar?
Kita boleh lihat daripada tiga aspek paling besar iaitu kehamilan semulajadi (~ 60%), penggunaan ubat kesuburan (21 – 32%) dan rawatan IVF (8-16%).
Selain itu, untuk kes kehamilan berganda (lebih daripada kembar dua), kira-kira 20% adalah daripada kehamilan semulajadi, bantuan ubat kesuburan (39-67%) dan rawatan IVF (13 – 44%).
Jadi, majoriti penyebab kelahiran kembar ialah secara semulajadi.
Jadi, soalan korang seterusnya mestilah tips hendak dapatkan anak kembar bukan? Ahaks!
Terus-terang tidaklah aku ketahui. Belum habis belajar lagi ni. Korang tahu ke? Kalau tahu tulis sikit kat bawah.
—
Aku teringat episod di klinik ibu hamil di mana aku membuat ‘dating scan’ untuk pesakitku. Dan aku memberi diagnosa anak kembar untuk kandungannya.
“Puan, saya hendak beritahu berita lain daripada biasa. Puan mengandungkan anak kembar ni. Lihat ni, ada dua kantung bayi dan dua denyutan jantung,” aku menunjukkan dengan anak panah skrin mesin sona bunyi.
Aku lihat mata ibu muda ini bersinar.
Ajaib sungguh ciptaan Tuhan yang sedang membesar di dalam rahim. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Pastinya kandungan kembar yang sedang membesar di dalam rahim akan dinanti-nantikan bukan sahaja oleh ibu bapa malah keluarga.
Tentu semua teruja kerana keinginan untuk memakaikan si kembar baju yang sama, merakam telatah dua anak kecil yang serupa.
Masa bersama si anak kembar akan menjadi kenangan manis buat si ibu.
Namun, bagi kami petugas kesihatan, kandungan kembar ialah kandungan berisiko tinggi ya. Pemantauan akan dilakukan secara berkala bagi memastikan kesihatan si ibu dan bayi terjaga.
Apa komplikasi kelahiran kembar atau berganda?
Kita dapat lihat peningkatan kadar morbiditi si ibu termasuk masalah ;
💥pre-eklampsia
💥kencing manis semasa mengandung
💥 anemia
💥 berat badan berlebihan
💥 ‘hyperemesis gravidarum’
💥 kelahiran pramatang
💥 placenta praevia
💥 pemisahan pramatang plasenta
💥 pendarahan selepas bersalin
Bagi si bayi pula, peningkatan kadar morbiditi dan mortaliti bagi bayi yang baru lahir pula dikaitkan dengan ;
💫 kelahiran pramatang cerebral palsy,
💫 retinopati dan displasia
💫 bronchopulmonary
💫 rencatan pertumbuhan janin
💫 polycythemia
💫 hipoglisemia
💫 necrotizing enterocolitis
Bukanlah bertujuan untuk menakutkan, namun ia hanya menunjukkan risiko kandungan kembar yang perlu diketahui.
Selepas lahir, ibu bapa perlu bersedia daripada segi fizikal, emosi dan kewangan. Tentu perbelanjaan berkali ganda untuk membesarkan mereka.
Semoga dipermudahkan urusan keluarga-keluarga yang mempunyai anak kembar ya.
Bukan mudah namun di akhirnya pasti terselit kebahagian melihat anak membesar dengan baik dan bijak.
Rasa macam nak dapat anak kembar kembali lagi eh?!
Siapa yang ada dalam sejarah kelahiran keluarga anak kembar, doalah ada rezeki buatmu.😂
Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.
Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.
Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua.
Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan
Korang ada dengan tips orang-orang tua nak dapat anak kembar? Kalau tahu tulis sikit kat bawah.