skip to Main Content
Doktor, Baby Girl Ke Baby Boy?

Doktor, Baby Girl ke Baby Boy?

Tahu tak soalan apa yang saya paling seriau masa nak buat imbasan bayi?

“DOKTOR, BABY GIRL KE BABY BOY?”

Bila soalan yang itu keluar daripada mulut mak pak baby ni, saya selalu senyum je dahulu. Nak gelak tak boleh, sebab probe imbasan tu pun tak letak atas abdomen si mak lagi.

Lainlah Nujum Pak Belalang, boleh tengok dalam air je .

Okey, saya pun mulalah imbasan bayi. Mula dengan buat ukuran kepala, abdomen dan kaki, 4 ukuran. Dah habis tu, ukur air ketuban pulak. Tak lupa tengok uri.

Ok. sekarang masa yang ditunggu-tunggu. Nak tengok jantina bayi pulak. Kerana kasihankan permintaan ibu hamil, aku turuti jua,

Selalunya saya akan cuba sedaya upaya untuk tengokkan jantina bayi. Ke kiri ke kanan pusing probe imbasan cuba nak tengok di skrin. Tapi kalau bayi dalam posisi ke bawah, tertutup di celah kelangkang tu tak dapatlah nak tengoknya.

Eh, macam nampak burger? Aku kembang kuncupkan bukaan mataku melihat skrin.

Eh, nampak bukan pulak. Pening!

Saya pun ceritalah kat mak pak bayi kenapa tak nampak. Tapi selalunya tahu tak mereka bagitahu apa?

“Dah tahu dah jantina, tapi nak pastikan je sama ke tak.”

Fuh, punyalah berpeluh nak tengok jantina, alih-alih dah nampak sebelum ni.

Takut pula kena saman kalau salah bagitahu jantina.

Kalau nampak pun sebenarnya 50/50, nak 100% confirm sure tunggu masa bersalin nanti, untung-untung saya yang sambut juga.

Korang tahu ke apa kaitan burger dengan jantina bayi?

#AimiGYN
#MedTweetMY

Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua. 

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search