skip to Main Content
Degupan Jantung Bayi Sudah Tiada

Degupan Jantung Bayi Sudah Tiada

Hari ni mari baca cerita yang sedih pula. Asam garam (air ketuban darah… errr) dalam perjalanan hidup.

Masih lagi ingat. Petang tu petang Rabu. Lewat petang. Baru sahaja usai klinik Urogynaecology.

Ramai orang datang klinik petang tu menyebabkan aku berusaha menghabiskan timbunan fail pesakit dan hanya mengisi penuh laporan di helaian dalamnya selepas selesai berjumpa kesemuanya.

Penat memang penat.

Tiba-tiba… *telefon peribadi berdering*.

Dipendekkan cerita seorang sahabat sedang mengalami pendarahan kecil di awal kehamilannya. Perbualan kami agak pendek dan aku terus mengajaknya ke bilik doktor di klinik itu.

Fail yang masih bertimbun kuketepikan seketika demi seorang sahabat.

Dapat dilihat mukanya sedikit kusut dan bimbang.

Ya.

Kandungan pertama ini semestinya yang dinantikan.

Tanpa berlengah, dia baring di kerusi khas untuk diimbas.

Probe imbasan letakkan di atas abdomennya sambil berbual dan bertanyakan khabar.

Inilah dia.

Saat yang mahu aku elak.

Saat yang tidak dapat aku lupakan.

Saat seakan dengupan jantung aku juga seakan terhenti melihat bayangan bayi di skrin.

Selalunya aku yakin dan pasti akan apa yang di hadapan mata di skrin bila berada bersama pesakit lain sekali imbas, namun situasi berbeza kali ini.

Beberapa kali aku cuba berpusing di pelbagai sudut untuk menidakkan bayangan degupan jantung bayi yang sudah tiada.

Aku jadi kelu.

Hampir pasti dia dapat menelah apa yang ada dalam mindaku.

Aku tidak mahu menjadi orang yang mengesahkan bahawasanya anaknya sudah tiada.

#AimiGYN
#MedTweetMY

Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua. 

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search