Bunting Pelamin dan Kerisauan Para Isteri
BUNTING PELAMIN DAN KERISAUAN SANG ISTERI
Rasanya ramai yang tahu apa maksudnya terma Bunting Pelamin.
Ia berlaku apabila si isteri hamil sejurus selepas berlangsungnya pernikahan.
Kalau dikira-kira, doktor atau bidan akan kira usia kehamilan lebih daripada usia pernikahan.
Dan akan timbullah isu kehamilan itu anak siapa?
Bagi makcik bawang yang tidak faham, akan mengupas bawang sampai lunyai. 😑
Dan ada suami pula akan secara tiba-tiba samada terpengaruh atau tidak dengan makcik bawang, mempersoalkan kandungan isterinya. 😰.
Jangan segera menuduh isteri tidak setia atau sudah ditebuk dara sebelum nikah, takut-takut anda yang sebenarnya tidak tahu dan tidak faham isu sebenarnya. Dara tidak dara, hanya anda dan isteri yang tahu.
Saya terbaca persoalan di salah satu grup FB daripada seorang isteri perihal ini. Di akhirnya si suami meminta melakukan ujian DNA ke atas bayi dalam kandungan kerana merasakan bayi yang dikandung isterinya bukan anaknya. 😧
Bagaimana harus kita memahami hal ini?
Perkiraan usia kehamilan diambil daripada tarikh hari pertama haid yang baru berakhir (LMP). Walaupun tarikh nikah adalah 1 atau 2 minggu lebih lewat daripada tarikh LMP itu tadi.
Contoh.
Tarikh LMP 1 Mei 2018.
Tarikh nikah 14 Mei 2018.
Jika hari ini 20 Jun 2018, si isteri baru merasakan dia sedang hamil dan melakukan ujian air kencing UPT, sah hamil jika ada dua garisan.
Berapakah usia kehamilan dia sekarang? –> lebih kurang 7 minggu
Berapakah usia pernikahan? –> lebih kurang 5 minggu
Jika diambil perkiraan ini, maka usia kehamilan lebih lama daripada usia pernikahan.
Namun kefahaman bahawa usia kehamilan diambil daripada tarikh LMP ini penting bagi mengelakkan salah faham seperti di atas.
Benda senang faham je ni kan?😄.
Kenapa tarikh LMP penting?
Wanita perlu ambil tahu tarikh penting ini.
Jadi, macam mana nak tahu dan ‘track’ tarikh LMP, korang tengok video ini ok –) https://youtu.be/4PulqXWMsjM
Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di
aimirahayu.com.
Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.
Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua.
Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan