skip to Main Content
Bocor Air Ketuban – Macam Dalam Drama!

Bocor Air Ketuban – Macam Dalam Drama!

“Puan tahu tanda kelahiran lain selain kontraksi?”

Dia tersengih.

Aku pun tersenyum di sebalik topeng muka hijauku ini.

Tidak hairan sebenarnya, walaupun dah banyak kali bersalin pun, ada yang tidak tahu secara fasih berkenaan tanda kelahiran yang ini, dan seringkali apabila berlaku, ada yang sudah berlaku lebih lama dan risiko kepada bayi agak tinggi.

Aku sering mengambil kesempatan untuk memberi info kepada ibu hamil di klinik antenatal setiap kali mereka datang ke klinik.

Soalan ‘favourite’ aku ialah soalan tanda kelahiran.

Aku akan pastikan ibu hamil boleh sebut satu-satu selepas itu.

Untung kalau pasangan sekali datang semasa sesi klinik, kurang-kurang kalau si ibu hamil panik, ada suami yang dapat berfikir apa yang perlu dilakukan dan tenang-tenang sahaja. Kalau si ibu tenang, pun baik dan ramai juga begini.

Penerangan itu selalu disertakan mimik muka malah tangan turut bersilat di awangan.

Kembang kuncup jari tanganku menggambarkan kontraksi rahim yang datang dari arah fundus.

Dua jari, telunjuk dan hantu tangan kanan disatukan dan disuakan pada bulatan ibu jari dan telunjuk tangan kiri. Jari tangan kanan dijarakkan antara keduanya dan dibuka bulatan jari tadi.

Show pula adalah lendir vagina berwarna coklat yang keluar menunjukkan ‘mucous plug’ pangkal rahim sudah keluar. Dengan bantuan kontraksi rahim, pangkal rahim yang lembut akan terbuka sehingga ke 10 cm.

Di klinik pada satu hari, aku bertanyakan soalan kegemaranku ini. Aku masih ingat apa yang diperkatakan kerana semuanya seperti sudah menjadi skrip hafalan untukku.

Ya, untuk kalian semuanya adalah pertama kali atau satu kali, tetapi untuk kami, ia ibarat mantra yang diratib saban waktu. Ibarat kata tutup matapun boleh beritahu.😆

“Puan tahu tanda kelahiran lain selain kontraksi?”

Dia tersengih.

Aku pun tersenyum di sebalik topeng muka hijauku ini.

Tidak hairan sebenarnya, walaupun dah banyak kali bersalin pun, ada yang tidak tahu secara baik berkenaan tanda kelahiran yang ini, dan seringkali apabila berlaku, ada yang sudah berlaku lebih lama dan risiko kepada bayi agak tinggi.

“Bocor air ketuban yang seterusnya. Masih ingatkan?”

“Oh ya Dr, baru teringat, ada misi beritahu, cuma sebab tak pernah alami sendiri, jadi tak ingat. Air ketuban tu yang macam dalam TV, air jatuh basah ke kaki kan.”

“Air jatuh basah ke kaki tu banyaknya dalam drama tunjuk macam tu tetapi kebanyakan kes bocor air ketuban, rasa basah lebih daripada biasa atau mungkin ada tompok air di seluar dalam sahaja, sikit-sikit.”

Ok. Apa yang boleh menjadi kekeliruan kepada wanita hamil tentang air ketuban?

Iaitu perbezaan air ketuban, air kencing dan lendir vagina.

Lendir vagina, warnanya ada keputihan, kekuningan. Tapi jika berwarna hijau itu sudah jadi tand samada ada jangkitan kuman atau bayi sudah berak dalam rahim, dapatkan rawatan segera!

Selain itu, gejala seperti gatal-gatal, bau busuk adalah tanda kemungkinan ada jangkitan, maka perlu dapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Air kencing pula warnanya kuning, baunya hancing dan panas sepanas suhu badan.

Air ketuban warnanya jernih, tiada bau, dan panas sepanas suhu badan.

Ya, ada perbezaan tetapi ramai tidak dapat membezakan itu biasa.

Nasihatku, apabila datang keadaan rasa basah yang diragui, datanglah ke hospital untuk diperiksa, jangan ditunggu.

Kerana masa sangat penting waktu ini, jika lambat, bayi boleh terkesan jangkitan di dalam rahim.

Ada kes, sudah dirasai bocor air ketuban selama hampir dua minggu.

Apa jadi pada kandungan tersebut?

Nanti cerita.

Yang penting kena ingat ya, pecah air ketuban tak semuanya basah, air mengalir ke kaki, itu selalu aksi dalam drama sahaja.

Kehidupan sebenar, ia boleh jadi rasa basah yang diragui.

#AimiGYN
#MedTweetMY

Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua. 

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search