Bayi Kurang Gerak – Apa Yang Perlu Dilakukan?
“Puan, bagaimana pergerakan bayi hari ini, adakah aktif seperti selalu?”
“Saya rasa tak samalah doktor, makin kurang, makin kurang daripad abiasa, sudah tidak aktif.”
“Biasanya bila bayi Puan bergerak aktif?”
“Pagi dan malam, waktu siang biasa-biasa sahaja.”
Aku memandang pada CTG.
Sudah usia matang kandungannya, dan dia kencing manis semasa hamil.
Kandungan berisiko tinggi apabila digabungkan penyakit kencing manis semasa hamil dan aduannya hari ini, bayinya kurang gerak.
Kita mesti bertindak!
…
“Aimi, cuba bagitahu saya apa langkah penjagaan tambahan bagi ibu yang mengalami kencing manis semasa hamil dan mengadu bayinya kurang gerak?”
Aku terkedu, cuba menyelak ruang memori sepanjang ingatanku mengendalikan ibu hamil. Tiada tambahan cuma…
“Saya akan menekankan kepada golongan ibu hamil ini, untuk memerhati gerakan bayinya setiap hari dan segera ke hospital jika kurang atau tidak aktif daripada biasa. Nasihat yang sama juga akan diberikan kepada wanita hamil lain.”
Mengapa begitu?
Pergerakan bayi adalah satu mekanisma awal universal yang boleh diawasi oleh semua ibu hamil. 50% daripada kelahiran bayi mati , bermula dengan alami bayi mereka kurang gerak.
Pernah tak dengar orang cakap bayi akan kurang gerak pada trimester ketiga sebab ruang dalam rahim semakin sempit apabila bayi membesar?
Ini adalah MITOS.
Pergerakan bayi akan lebih kurang sama keaktifannya sehingga kelahiran.
Bayi akan tidur dan berjaga.
Ini adalah nombor-nombor yang anda mahu tahu:
1. Wanita mula merasai gerakan bayi ketika usia kandungan 18-20 minggu. Ada yang lebih awal ketika 16 minggu.
2. Pergerakan bayi meningkat sehingga 32 minggu dan akan plateau.
3. Purata pergerakan adalah 31 setiap jam. (dari 16 hingga 45 pergerakan)
4. Tempoh masa gerakan 50 hingga 75 minit.
5. Bayi juga tidur, 20 hingga 40 minit puratanya, paling lama 90 minit.
Ketika di klinik, aku selalu menasihati wanita hamil agar memerhatikan pergerakan bayi mereka dan melaporkan isu bayi kurang gerak ke klinik atau hospital. Ini yang membawa Puan Aina ke ‘Pregnancy Assessment Centre’ hari ini.
Aku seperti biasa bertugas atas panggilan.
“Puan, bagaimana pergerakan bayi hari ini, adakah aktif seperti selalu?”
“Saya rasa tak samalah doktor, makin kurang, makin kurang daripada biasa, sudah tidak aktif.”
“Biasanya bila bayi Puan bergerak aktif?”
“Pagi dan malam, waktu siang biasa-biasa sahaja.”
Aku memandang pada CTG. Bacaannya normal.
Sudah usia matang kandungannya, dan dia kencing manis semasa hamil.
Kandungan berisiko tinggi apabila digabungkan penyakit kencing manis semasa hamil dan aduannya hari ini, bayinya kurang gerak.
Perbincangan aku dengan pakar membawa kepada keputusan Puan Aina perlu masuk hospital bagi memantau pergerakan bayinya.
Jika pergerakan bayinya masih tidak memenuhi minimum pergerakan bayi yang biasa, mungkin sampai saat dan ketika untuk proses kelahiran perlu dimulakan.
Semoga Puan Aina dan bayinya baik-baik sahaja.
Dapatkan kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.
Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.
Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua.
Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan